A Kiss Before You Go :*
Monday, 28 May 2012, ϟ 0 shout(s)
Hahaha okay, tajuk dia memang takdak kena mengena dengan cerita ni. Tapi sorry, cerita ni tak mula daari mula. Sebab rasanya cerita ni, masa paling sweet masa tu :) Sebab cerita ni ambil dari novel, tapi lupa tajuk sebenar. Hehehe sorry. Hope enjoy readers! :)
Pada malam yang hening, sekitar jam 11.30 - 12.00 malam, dia telah mengajak ku untuk bersiar-siar di Tasik Titiwangsa. Namun setelah beberapa kali aku menolak, akhirnya aku mengalah. Dia datang mengambilku menaiki kereta Myvi miliknya. Aku menyiapkan diriku hanya dengan T-shirt lengan panjang, berseluar trek, serta melengkapkan dengan tudung sarung berwaarna hitam.
Pada mulanya aku merasa takut kerana inilah pertama kali aku menaiki kereta dengan dia. Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya kami sampai ke destinasi. Aku turun dari perut kereta, aku segan-2. Akhirnya dia menghulur tangannya dan ku sambut dengan sempurna. Kami berjalan beriringan menuju ke tasik tersebut. Keadaan agak sunyi dan suram. Hanya cahaya bulan yang menyinari tasik itu ketika itu.
Dalam pada masa kami berjalan jalan, tiba tiba dia meraut pinggangku. Namun aku tidak mampu untuk berbuat apa apa. Aku hanya membiarkan diriku lemas didalam pautannya. Bebarapa langkah kemudian, dia melepaskan pautannya. Namun aku tidak sempat merasa lega kerana dia memaut lenganku pula. Aku hanya membiarkan sahaja. Tiba di suatu tempat, dia menarik aku dalam pelukannya. Sambil itu, dia sempat mencium dahiku. Aku tahu perbuatan ini bersalah di sisi agama Islam. Namun, apakan daya, dengan cara ini dapat aku melupakan segala masalah yang ada dalam diri aku. Tidak lama. Namun dia menarikku berulang kali apabila aku cuba untuk mengelak darinya. Apakan daya, lelaki lagi kuat. Aku akur kalah.
Ketika dia menggenggam tanganku, aku lemah. Dia bertanya "kenapa ni? Lembik je." Aku cuma menggeleng. Aku seperti seorang yang nyawa nyawa ikan. Sungguh lemah. Lemah sangat. Aku hanyut. Aku terasa ingin menangis ketika berada dalam pelukannya. Namun, aku pertahankan diri dari melakukan sedemikian. Dia cuba menenangkanku apabila dia perasan yang aku kelihatan lemah. Dia mengusap lembut belakangku.
Apabila dalam perjalanan menuju ke kereta, aku memetik segala daun yang ada di sepanjang perjalanan kami. Apabila disedari olehnya, dia memeluk erat tubuhku. Tidak mampu berkata apa apa. Setelah itu, kami sampai di kereta dan dia menghantarku pulang ke rumah...
Demikianlah cerita yang Dalila baca dari novel apa tah. Hehehe sorry lupa. Tapi tajuk dia main reka je. Konon nak Speaking ah en :p Maaf if tak suka cerita ni ^^
new past

.jpg)